Ikhtilat


sinopsis
Aku naime, hidup aku mula berubah sejak aku masuk ke alam ipta. Banyak jenis kawan yang aku dah jumpa, ada yang talam dua muka, ada yang drama queen, tikam belakang, keras kepala dan banyak lagi. Sejak kali pertama aku menjejakkan kaki kedunia ipta aq mengalami kejutan yang teramat besar buat aku. banyak perubahan berlaku pada aku sejak duduk di ipta.


..................................................................................................................................................................





bab1: kehidupan tak semestinya indah .

Nak dijadikan cerita sejak aku kecil orang yang berada disekeliling aku adalah orang-orang yang baik dan menyayangi aku . apabila aku masuk ke alam remaja . Aku mempunyai ramai kawan yang ada ketika aku susah dan senang . Dan aku ditakdirkan bertemu dengan seorang gadis yang bernama pia. Selama 5 tahun aku berkenalan dengan pia , pia adalah sahabat yang baik dan selalu menasihati dan membimbing aku jikalau aku hanyut . Tapi …….

 Sejak pia mempunyai teman  lelaki, perangai pia makin hari makin berubah , pia yang dulu bukan lah pia yang sekarang . Aku seperti tidak mengenali pia , setiap kata-kata dan nasihat yang aku beri pada dia ,tidak pernah dihiraukan. Hanya kerana lelaki dia mengabaikan aku . tetapi pada ketika itu aku bukanlah seorang gadis yang mudah berputus asa, aku sayang pia aku tak nak dia tinggalkan aku . Setelah 5 tahun kami mencipta memori persahabatan bersama takkan lah aku nak melepaskan persahabatan itu begitu sahaja .

Jujur aku kata pada usia itu aku bukanlah seorang gadis yang mempunyai iman yang kuat. Aku hanya belajar di sekolah biasa bukan disekolah yang mempunyai ilmu agama yang tinggi . apa yang aku buat dan rasa pada itu hanyalah perasaan dendam, benci dan menyalahkan takdir . aku selau menyalahkan takdir sehingga aku berjumpa dengan teman lelaki pia. Apa aku buat pada lelaki itu? Emmmm

Aku jumpa lelaki itu dan menasihati dia supaya dia tinggalkan kawan aq pia. Lelaki itu bersetuju dengan nasihat aku itu. Tetapi itu semua itu dusta. Dusta!!!!

Keesokkannya harinya pia memarahi aku demi lelaki itu , lelaki itu memberitahu pia aku memarahi teman lelakinya dan menendangnya. What ! . part teman lelaki pia menipu tu aku tak adalah rasa sakit hati sangat , yang aku rasa sakit dan pedih tu apabila  pia lebih mempercayai percaya teman lelakinya berbanding aku , dia memarahi aku tanpa soal selidik. Betapa sedih dan kecilnya hati aku pada saat itu dia berkenalan dengan teman lelakinya itu hanya 5 bulan tetapi aku sudah 5 tahun. Tidak sayang kah kau kepada aku pia.  Aku benci lelaki …….

''sat bukan hang ada kawan baik lelaki ke ? haritu hang yang habaq dekat kami'' tiba-tiba syahila menyelah.

''haish hang ini ila cerita tengah part klimaks tu hang potong citer pasai apa'' marah haniza.

''bukan apa cek  Tanya je salah kah naime ?'' balas syahila

Haniza menyiku syahila

Syahila menjerit kecik ''auchh hang ni pasai apa, sakit na''

'' Dah-dah lah tu ila ,iz aku hantukkan kepala korang berdua karang'' aku menegur mereka.

Syahila dan haniza hanya ketawa kecil.

Sebenarnya……

Iya aku memang ada kawan lelaki . selepas aku putus hubungan dengan pia , aku kurang  bercakap dengan lelaki. Sehingga hadirnya seorang lelaki yang diberi nama paan . siapa paan ?

Pada mulanya, aku tak ada niat pon nak kenal dan rapat dengan paan, aku Cuma nak sakit kan hati paan, disebabkan perasaan dendam aku yang masih kuat pada lelaki. Pada masa itu aku cuma ada niat nak hancur perasaan semua lelaki . Tetapi aku silap , paan lain dari lelaki yang lain . walaupun aku dah berjaya menyelesaikan misi aku untuk hancurkan perasaan lelaki tetapi aku tak rasa puas dengan apa yang aku buat apa yang rasa aku cuma rasa kosong dan sunyi tak ada apa yang menggembirakan , apa yang aku nak sebenarnya .

paan berjumpa dengan aku dan berkata" kalau kau rasa puas dengan apa yang kau buat ini, kau buat lah lagi . aku rela dipergunakan asalkan aku tak melihat seorang wanita menagis demi seorang lelaki"

Apa gunannya aku menagis, aku memberontak, aku berdendam, aku kotorkan hati aku! demi seorang lelaki yang membuatkan aku terputus hubungan dengan kawan aku pia .

Paan selalu berpesan

Jangan disebabkan perbuatan dan kesalahan seorang lelaki , kau set mind semua lelaki sama. Tak kau silap naime .

Perasaan aku pada waktu itu hanya perasaan marah aku tak boleh terima semua itu walaupun paan telah banyak melontarkan nasihat.

Walaupun aku selalu menegking dan memarahi paan , paan tak pernah berputus asa untuk berkawan dengan aku .

Sehinggakan hati aku aku terbuka untuk menerima paan sebagai sahabat aku .
Semua kerja jahat kami buat bersama . tak tahu kenapa sejak kejadian yang lepas personaliti aku mula berubah , senang pon kami bersama , holiday sama-sama tengok wayang sama-sama semua sama-sama. Kitaorang memang kawan baik lah waktu tu sehingga kitaorang pernah tumbuk teman lelaki pia  bersama disebabkan teman lelaki pia curang dengan pia. Sehingga kan kami hampir digantung sekolah.Sejak itu aku ada perasaan seronok berkawan dengan lelaki , sebab apa? Sebab lelaki ini tak pernah amik hati dengan apa yang perempuan cakap senang cerita tak complicated lah. Bukan macam perempuan sikit-sikit nak terasa. So waktu tu aku memang dah rapat lah ngan paan.

"kau still contact ngan paan ke naime ?" tanya syahila

Tak

" kenapa? " soal syahila

Ikhtilat

 " ha ? ikhtilat? " kali ini haniza pula mempersoalkan


berambung...

Comments

Post a Comment